Dhani Ahmad
Search this weblog
 

RSS-Feed For all categories

Comments: 0     Stars : 0

siapa kita dan apa yang kita mahukan?
Dipetik dan ditranslasikan dari majalah sumber anarko-punk Profane Existence # 35. Penulis asal: Tox

Jika punk adalah sesuatu yang ideal, mengapa kita masih bertindak seperti individualis dan hipokrit terbahagi kepada kumpulan, sepatutnya berjuang untuk ideal dan bukan lagi berlakon, mengelak dan lebih mementingkan alkohol serta kualiti muzik.

Punk sepatutnya suatu kehidupan alternatif dan kesempurnaan seperti ekualiti (kesamarataan), autonomi (berpemerintahan sendiri) dan sebagainya. Nampaknya masih ramai punk yang tidak memahami erti sebenar punk itu sendiri.

Mereka yang mengaku diri sebagai punk tanpa tuturkata yang adil, jujur dan berkongsi juga tanpa suara yang solidariti (keperpaduan), mereka ini mepunyai kehipokritan serta keegoan di dalam diri mereka. Punk bukanlah fesyen, ia adalah organisasi, kerjasama dan idealogi. Oleh sebab yang demikian punk adalah satu pergerakan yang bertentangan dengan kerajaan, satu pergerakan yang juang, protes, bertindak langsung serta tidak konformiti (penurut) dalam menentang sistem
kerajaan yang dipenuhi rasisme (perkauman), seksisme (kejantinaan), autoritarianisme (ketaatan kepada kekuasaan) dan opresi (menindas).

Kita adalah punk dan punk kefahamannya D.I.Y (do it yourself=buatlah sendiri), berautonomi, bersamanya adalah teori anarkisme yang menentang multinasional, pengeksploitasi, polusi serta kesengsaraan kemanusiaan, jika kita adalah untuk menghancurkan sistem yang berperihal menindas ini, kita memerlukan partisipasi dari mereka yang jujur dan ikhlas. Bukan sekadar memakai patches, spike berambut mohawks atau dreads menjadikan kita punk,bukan sekadar menulis lirik untuk
kumpulan,bukan hanya bertuturkata. Punk adalah dengan bertindak untuk berubah. Punk adalah pergerakan untuk perubahan sosial, yang berjuang untuk satu kehidupan yang bebas dan ekualiti serta kehidupan alternatif: autonomi, tanpa bangsa, bendera dan sempadan. Punk adalah kemarahan yang lahir dari kehidupan harian yang dipenuhi seksisme, rasisme, represi, kelaparan, kemiskinan, kapitalisme dimana media dan masyarakat tidak mempersoalkannya. Bagi merealisasikan impian dan hasrat, setiap dari kita harus mempraktikkan kefahaman ekualiti serta menghapuskan naluri superioriti dan egoisme yang wujud dalam minda dan hati setiap daripada kita,seterusnya kita hancurkan dunia kepemerintahan yang dikuasai oleh mereka yang mengawal kehidupan kita.



Back to entries      Comment on this entry



Comment on this entry

Name:

E-Mail:

Homepage:



Security code (as shown above):

Click here to log in to comment

Enter comment:

   

Back to entries

« June 2006 »
Su Mo Tu We Th Fr Sa
. . . . 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 .