Dhani Ahmad
Search this weblog
 

RSS-Feed For all categories
  Send entry via E-mail
 
To:
From:
 Send me a copy.
Text:
 

mengapa melalui penulisan?
oleh:faisalcrustrocker

Banyak yang diperkatakan tentang penulisan,terutama sekali apabila penulisan telah diberi penekanan di dalam isu politik sama ada diperingkat sekolah,institusi pengajian tinggi mahupun di alam pekerjaan sekali pun. Mungkin ada yang bertanya,mengapa kita perlu menulis dan terus menulis ? Mengapa kita diminta menulis karangan di dalam peperisaan,menulis tugasan untuk memenuhi kerja khusus atau membuat kerja-kerja di pejabat. Apakah kaitan penulisan dengan kehidupan seharian kita ?

Walaupun anda mungkin tidak menyedarinya sekarang,menulis bukanlah latihan yang tidak berfaedah atau bertujuan menyeksa anda mempelajari tatabahasa dan ejaan yang betul sahaja. Apabila anda menulis,anda membentuk kemahiran yang kemudiannya boleh digunakan dibidang yang lain. Anda belajar umpamanya bagaimana mengembangkan idea dan menyampaikannya dalam susunan yang munasabah,logic,bernas dan jelas dihargai dan dinikmati oleh orang lain.

Ironisnya,menulis adalah alat perhubungan. pertama anda terpaksa faham apakah yang anda fikirkan dan apakah yang hendak diperkatakan. Kemudian barulah anda menyampaikan idea itu kepada orang lain dengan cara yang mudah difahami. Anda boleh bayangkan betapa kemahiran berkomunikasi akan dapat menolong dalam banyak perkara- dari temuduga pekerjaan,bekerja dengan rakan sejawat hinggalah kepada berkenalan dan membuat temujanji.

Komunikasi adalah kunci kepada penulisan dan setiap tugasan yang baik serta berkesan. Sekiranya anda bertanya pada guru atau pensyarah,apakah istimewanya tugasan yang mendapat markah tertinggi ? Pasti mereka akan memberitahu bukan hanya ejaan yang betul atau tatabahasa yang tidak ada kesalahan,tetapi banyak lagi perkara lain. Apa yang mereka pentingkan ialah kualiti idea yang cuba disampaikan oleh seseorang pelajar itu.

Jangan sekali-kali menganggap sepi idea yang diluahkan di dalam penulisan anda. Sesuatu penulisan mungkin boleh ditulis dengan begitu kemas dan disokong kajian yang terperinci,tetapi tanpa idea yang menarik ianya hambar,tidak berkesan serta kosong lagi kering.

Kertas tugasan yang menonjol,menarik serta mengkagumkan serta berjaya mengetuk pintu hati dan mencuit rasa pembaca ialah yang canggih,asli dan provoaktif atau mencabar. Untuk menulis kertas seperti itu anda perlu menunpukan kepada perbincangan yang bertenaga yang benar-benar datang dari diri kita sendiri. Tanpanya penulisannya tiada bezanya daripada sebuah ensaiklopedia ataupun satu bab dari sebuah buku teks. Ia hanyalah selonggokan fakta yang diikat antara satu dengan lain dengan frasa penyambung bicara. Itu tidak juga bermakna gaya penulisan dan penyelidikan tidak penting. Kalau anda tidak dapat menyampaikan idea anda supaya pembaca anda boleh memahaminya,mereka tidak dapat faedahnya. Perlu diingat,pembaca kita tidak dapat melihat apa yang ada dalam kepala kita,semuanya bergantunglah kepada anda untuk menulis idea anda diatas kertas dan mempersembahkannya kepada pembaca dengan cara yang mereka fahami dan hargai.

Tidak kurang pentingnya ialah penyelidikan yang dijalankan da;am proses penulisan kertas anda. Anda perlukan penyelidikan untuk menyokong pendapat anda dan juga untuk membuktikan bahawa anda seorang pakar dalam bidang yang anda dalami.

Dalam dunia penulisan,matlamat anda mestilah tidak kurang dari menjadi seorang pakar di dalam tajuk yang dipilih dengan sesuatu yang bijak dan penting untuk diperkatakan. Apabila anda menulis sesuatu kertas kerja atau tugasan,jangan fikirkan yang anda seorang pelajar yang sedang menyiapkan projek sekolah. Anggaplah diri anda sebagai seorang peguam yang membahaskan satu kes yang penting dihadapan seorang hakim yang arif. Dimana diakhir perbicaraan, anda mahu hakim itu menjadi begitu yakin dengan kes anda diluar sebarang kecurigaan yang munasabah.

Seperti seorang peguam anda membentangkan fakta dan bukti untuk menyokong kes anda,dengan jelas teratur dan penuh dengan gaya memujuk. Dan anda mahu membahaskankan kes anda seolah-olah nyawa seseorang sedang berada di tali gantung,anda menulis setiap ayat dengan sabar dan bermakna.

Adalah mustahil anda dapat menulis seperti itu dengan duduk dan terus menulis berdasarkan ingatan dari minda sahaja. Bagaikan seorang peguam,yang sedang membuat persediaan untuk perbicaraan yang besar. Menulis kertas tugasan memang menuntut masa dan usaha yang gigih. Sebab itulah mengapa anda perlu memikirkan penulisan sebagai suatu proses,bukan seperti sebuah produk yang telah siap tersedia. Proses itu bermula dari saat anda menerima sesuatu...

Sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran dan dugaan getir yang akan muncul di sebalik bucu bangunan[just around the corner] dalam masa terdekat ini,persediaan awal diperlukan. Penulisan anda bukanlah untuk ditelan bulat-bulat,tetapi ianya untuk dipusarkan di kotak pemikiran pembaca sebelum ditelan untuk menjadi �tahi�. Sesungguhnya pepatah arab ada mengatakan; �mata pena lebih tajam dari mata pedang�!

 
   
« June 2006 »
Su Mo Tu We Th Fr Sa
. . . . 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 .