Dhani Ahmad
Search this weblog
 

RSS-Feed For all categories
  Send entry via E-mail
 
To:
From:
 Send me a copy.
Text:
 

masalah pendidikan hari ini

oleh Anna Quee

(adaptasi daripada penulisan Aaron Kreider)

 

Dari sebarang perspektif yang radikal terhadap sistem pendidikan kita, pasti akan kita dapati bahawa ia adalah untuk memenuhi kepentingan golongan pemerintah, dan meletakkan keuntungan koporat di atas keperluan insan. Oleh sebab wujudnya akses yang tidak samarata, kurikulum yang direka oleh pemerintah elit ataupun koporat, pengabstrakannya dari kehidupan sebenar dan pemisahan artifisial menara gading dari komuniti, telah menyebabkan sistem pendidikan kita dipenuhi dengan pelbagai kekurangan dan kecacatan. Seringkali kecacatan ini amat membahayakan untuk masyarakat, sehingga menghancurkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh seseorang insan, dan melumpuhkan perkembagan sosial yang dinamik dan progresif.

 

 

Pendidikan untuk siapa?

Soalan pertama yang ingin saya pertikaikan di sini ialah siapakah yang dididik oleh sistem ini? Adakah pendidikan diakses secara samarata oleh semua anggota masyarakat ataupun ia hanyalah hak istimewa untuk sebilangan kecil orang? Memang benar anak-anak muda di negara ini mudah untuk mengakses pendidikan, namun ramai anak-anak muda tergugur disebabkan mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan yang terlalu mementingkan peperiksaan dan markah. Ada ramai juga anak-anak muda dari golongan miskin yang terpaksa gugur akibat tidak berkemampuan, walaupun kita mempunyai sistem pendidikan yang kononnya ��percuma�� di peringkat rendah dan menengah. Pengaksesan anak-anak muda d ari golongan kelas pekerja ke pendidikan tinggi adalah begitu sukar sekali, lebih-lebih lagi golongan etnik minoriti yang terpaksa menghimpit masuk ke pintu sempit institusi pengajian tinggi, oleh sebab wujudnya sistem kuota, yang kini digantikan dengan sistem ��meritokasi�� kononnya. Pengkoporatan institusi pengajian tinggi akan memburukkan lagi keadaan sehinggakan beban anak-anak muda dari golongan bawahan untuk melanjutkan pelajaran menjadi semakin berat. Memandangkan pendidikan menjadi semakin penting untuk menjamin kejayaan ekonomi pada masa hadapan, pengecualian golongan pekerja dan pelajar dari kumpulan etnik minoriti untuk memasuki universiti, akan memburukkan lagi reproduksi kelas dan ketidaksamarataan kaum dalam masyarakat kita.

 

 

Pendidikan untuk apa?

Persoalan kedua yang timbul, pelajar dididik untuk buat apa? Adakah kita dilatih untuk membentuk satu masyarakat yang lebih baik ataupun lebih sempurna? Malangnya sekali, tidak. Pelajar-pelajar telah diajar tentang nilai-nilai dan kemahiran yang menjadikan kita sebagai seorang pekerja yang produktif dan berupaya menjana keuntungan untuk koporat besar. Sistem pendidikan direka supaya kebanyakan kita berusaha tanpa keraguan memperkukuhkan lagi ideologi golongan pemerintah yang hegemonik. Sebagai guru, penyelidik, ahli politik, pengiklan, penulis atau ahli sains pada masa yang akan datang, kebanyakan kita akan menunjukkan sokongan kita terhadap dominasi manusia ke atas alam sekitar, dan menyanjung tinggi pasaran bebas yang tiada rintangan sebagai sistem ekonomi yang terbaik.

 

Golongan kapitalis tidak terhenti-henti untuk mempromosikan kemahiran-kemahiran seperti pengurusan, komputer, perubatan, sains, undang-undang dan kejuruteraan, yang kesemuanya melatih kita untuk melicinkan lagi keberkesanan jentera koporat. Akibatnya, hanya sebilangan kecil pelajar yang berlajar ilmu-ilmu kemanusiaan, satu bidang di mana lebih berkecenderungan untuk pelajar dididik untuk berfikir secara kritikal dan menjadi pembangkang kepada kuasa koporat dan institusi yang didominasi oleh golongan elit. Namun, pelajar-pelajar ilmu kemanusia hari ini pun sukar menunjukkan sifat-sifat kritis ini, kemungkinan besar kualiti pensyarah yang semakin merosot dan juga sikap dingin pelajar terhadap masalah sosial dan alam sekitar. Dalam sistem yang semakin berorientasikan keuntungan perniagaan, pelajar akan diambil sebagai pelatih di koporat tanpa bayaran, di mana menunjukkan pengekploitasian y ang jelas. Dan walaupun untuk pelatih yang berbayar, mereka telah disuntik nilai-nilai koporat, untuk memperkukuhkan lagi sistem koporat ataupun secara umumnya sistem kapitalis.

 

Universiti kita sendiri telah berfungsi bermotifkan keuntungan, selain menjadi jentera pemprosesan pengikut setia golongan pemerintah. Koporat dan golongan kapitalis ingin sistem pendidikan melatih anak-anak muda supaya menjadi tenaga kerja mereka dan, koporat mahu universiti menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan barangan yang dapat dijual oleh mereka demi mengaut lebih keuntungan. Jika kita tidak ingin bekerja untuk koporat atau mencipta barangan baru untuk mereka, maka kita perlu menentang habis-habisan agenda mereka. Sebenarnya, universiti bukan sahaja menjalankan penyelidikan untuk golongan kapitalis, malah universiti juga menghasilkan ideologi. Universiti bersuhabat dengan sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab untuk membiakkan ideologi hegemonik golongan pemerintah, yang menjustifikasikan amalan kita terkini yang membawa kehancuran kepada alam sekitar, meletakkan keuntungan di atas rakyat, seksisme, perkauman, heteroseksisme dan imperialisme. Universiti telah memperuntukan legitimasi untuk sistem sosial kita yang tidak adil. Memang benar seperti yang dibahaskan oleh Noam Chomsky, propaganda adalah lebih penting dalam kerajaan demokrasi berbanding kerajaan diktator. Ini disebabkan dalam demokrasi, jika rakyat tidak diperdaya oleh propaganda, mereka akan berkebolehan untuk menentangan keinginan golongan pemerintah. Jadi, sistem pendidikan merupakan penghasil propaganda yang utama dalam masyarakat kita.

 

 

Bagaimana mendidik?

Impak sistem pendidikan ke atas pelajar-pelajar bukan sahaja sebagai hasil material yang diajar, tetapi juga produk proses pendidikan. Masalah yang terpendam dalam proses ini termasuklah pedagogi atas-bawah, kredensialisme, dominasi insentif yang negative, focus ke atas kemahiran yang mudah disukat dan pengkhususan yang tidak perlu.

 

Salah satu sebab kenapa pelajar-pelajar adalah begitu teralienasi daripada proses pendidikan, ialah pedagogi proses ini pada dasarnya adalah berlandaskan cara atas-bawah. Ini berlaku apabila guru dan pensyarah cuba mengisi minda pelajar-pelajar yang dianggapkan kosong, dengan ��Kebenaran�� golongan pemerintahan di atas. Adakah ini hanyalah secara kebetulan bahawa hubungan ini seiras dengan hubungan majikan-pekerja yang ditemui di kebanyakan tempat kerja? Pedagogi ini lebih menunjukan niat untuk mengajar pelajar-pelajar supaya duduk diam di tempat mereka dan tidak menyoal apa-apa tentang autoriti (Kerajaan, pakar, lain-lain institusi), sehingga akhirnya menjadi pengikut yang taat setia kepada golongan pemerintah, hamba kepada Firaun, anjing kepad a tuan. Pedagogi yang lebih progresif sepatutnya mempunyai lebih banyak diskusi, kerja kumpulan, projek independen, presentasi pelajar, kawalan pelajar ke atas kurikulum, dan menggalakkan pelajar-pelajar mencabar guru atau pensyarah mereka.

 

Apa yang amat menyedihkan dalam pendidikan, matlamat untuk menimba ilmu pengetahuan, cara pembelajaran dan pemikiran kritis selalunya digantikan dengan matlamat untuk mendapatkan gred yang baik supaya seseorang itu akan memperoleh ijazah. Pelajar-pelajar perlukan ijazah supaya mereka dapat mencari suatu kerja��baik�� yang bergaji tinggi. Kenyataan di mana ijazah lebih penting daripada pengetahuan dan apa yang diajar oleh sekolah langsung tidak relevan dengan kehidupan sebenar, dipanggil kredensialisme.

 

Penggunaan gred sebagai insentif negatif mencerminkan cara pengajaran yang teruk dan bahan pengajaran yang tidak relevan. Oleh sebab ini, pelajar-pelajar tidak mahu belajar tentang perkara untuk mereka sendiri. Sekolah dan universiti bukan sahaja tidak menggalakkan pembelajaran, malah mengancam untuk memberikan gred yang rendah.. Gred ini mengukuhkan lagi pemikiran bahawa satu-satunya sebab seseorang itu belajar adalah untuk mengelakkan insentif negatif. Oleh demikian, gred mensosialisasikan pelajar-pelajar untuk mengelakkan daripada ��pembelajaran yang tidak perlu��. Adalah selesa untuk golongan pemerintah, kerana ini bermakna pelajar-pelajar tidak berkemungkinan besar untuk membaca buku-buku atas inisiatif mereka sendiri, dan sukar bagi mereka bertemu dengan pemikiran yang merupakan ancaman sistem, seperti feminisme, anarkisme, sosialisme, ekologi dalam, dan sebagainya. Memandangkan pelajar-pelajar begitu jarang sekali belajar teori radikal di kampus, maka kebanyakan pelajar tidak mungkin akan belajar tentang alternatif. Sistem sosial kita yang tidak adil cuba memastikan kewujudannya dengan mempromosikan perasaan puas hati dalam kalangan para pelajar.

 

Satu lagi masalah sampingan berkenaan dengan gred ialah gred telah memesongkan proses pendidikan dan menfokuskan pada pengetahuan yang mudah dinilai. Guru-guru ssering dibebankan dengan kerja dan menggunakan cara memperolehkan gred melalui ujiam-ujian yang mengambil masa yang lebih kurang untuk menilai. Oleh itu, guru-guru berkecenderungan menggunakan peperiksaan aneka pilihan berbanding menggunakan soalan subjektif memerlukan jawapan panjang, esei dan soalan ��tunjukkan cara kerja��(dalam sains dan matematik). Kita semua perlu menghafal semua fakta untuk keperluan ujian, kadang-kala pada malam sebelum ujian, hanya untuk melupakannya dalam tempoh yang sangat singkat. Fakta adalah lebih senang untuk diukur berbanding idea.

 

Pendidikan sepatutnya berasaskan pembelajaran tentang bagaimana untuk berfikir secara kritis, menulis, menyelesaikan masalah dan kemahiran lain yang seseorang akan ingat pada masa depan atas penggunaan secara konstan. Fakta tidak sepatutnya diabstrakkan daripada konteksnya. Selalunya, memahami makna sesuatu peristiwa lebih penting daripada mengetahui tepat tahun bilakah peristiwa itu berlaku; dan mengetahui konteks sesuatu peristiwa kemungkinan diperlukan untuk pengimbasan kembali tarikh peristiwa dalam jangka masa yang panjang. Golongan pemerintah akan berasa selamat memandangkan proses pendidikan melatih pelajar-pelajar sekalian untuk menghafal fakta tanpa berfikir dan mengingati apa sahaja yang guru katakana tanpa memikirkan tentang diri mereka sendiri. Amalan ini memenuhi tujuan untuk mensosialisasikan mereka ke arah hubungan majikan-peker ja pada masa yang akan datang. Peningkatan tahap pemikiran bebas di kampus hanyalah disebabkan keperluan majikan terhadap pelajar-pelajar (sebagai pengurusan peringkat tengah atau professional), dan kesedaran bahawa ekonomi informasi kita tidak akan berfungsi tanpa sedikit kebebasan. Kita harus menentang sistem ini, dengan menggunakan apa-apa saja tahap pemikiran kritis yang kita belajar, untuk mencabar ketidakadilan, dan menolak daripada menjadi sama ada pekerja ataupun majikan.

 

Sedikit kebebasan berfikir adalah perlu untuk ekonomi kita berfungsi dengan lancer. Namun, kebebasan ini juga berbahaya bagi golongan pemerintah. Jadi, apakah penyelesaiannya? Pengkhususan! Pemikiran bebas, selagi ia dihadkan kepada batasan sempit, di mana jangan menyoal tentang tanggapan kritikal terhadap sistem seperti motif keuntungan, yang sebenarnya bertujuan untuk mengekalkan sistem ini.

 

Pendidikan, yang khususnya pada peringkat tinggi, menjadi semakin diabtrakkan daripada kehidupan sebenar. Pada masa yang sama, fokus pembelajaran pelajar menjadi semakin sempit. Semasa seseorang tamat pengajian di sekolah, anda bukan saja mengambil semua kursus anda dalam satu subjek, tetapi juga menfokus ke1 atas subset yang sangat kecil dalam sesuatu bidang.

 

Bahaya pengkhususan ialah apa yang dibelajar oleh pelajar adalah begitu sukar untuk berkongsi dengan orang lain yang bukan dalam bidang mereka. Pelajar-pelajar diajar untuk berkomunikasi dengan rakan akademik mereka sendiri, tetapi tidak berkenaan tentang bagaimana menjelaskan pemikirannya kepada masyarakat umum. Sudah tentu masyarakat kita akan bermanfaat jika kita mempunyai populasi yang dididik secara meluas dan sempurna, yang berkeupayaan untuk membincangkan topic yang luas. Ini adalah perlu untuk demokrasi berfungsi. Namun, akibat tahap pengkhususan yang tinggi pada sistem pendidikan, kini mereka serba berkurangan.

 

Demokrasi memerlukan pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam sejarah, kita tidak boleh mempercayai pakar-pakar dalam perkara-perkara berkaitan dengan ekonomi, hal ehwah ketenteraan, dasar alam sekitar dan isu-isu yang lain. Namun, dengan wujudnya pengkhususan, ramai orang tidak menyedari akan kesan keseluruhan apa yang dilakukan oleh ��pakar-pakar�� ini. Misalnya, adalah mudah untuk seseorang pengurus perniagaan menyertai pengurusan koporat yang lain dan tidak mempedulikan ekploitasi pekerja-pekerja firmanya. Serupa juga bagi ahli-ahli sains, ada di antara mereka yang menganggap tenaga nuklear sebagai suatu ciptaan yang memberangsangkan, tanpa memikirkan tentang kesan-kesannya ke atas keamanan sedunia dan alam semula jadi. Untuk merealisasikan tentangan kita terhadap kuasa koporat dan dominasi institusi kapitalis, suatu pergerakan rakyat yang cukup kuat untuk menggulingkan sistem ini semestinya terbentuk daripada penggabungan pelbagai pergerakan akar umbi.

 

Satu lagi peringkat pengabstrakan dalam akedemia datang daripada pengambilalihan sains oleh matematik, dan lebih bermasalah lagi apabila matematik mengambilalih sains kemasyarakatan. Khususnya dengan adanya kemajuan dalam teknologi computer dan perisian statistic, pelajar-pelajar akan mendapati lebih mudah bagi mereka untuk menganalisa data (lebih baik jika orang lain yang mengambil masa untuk mengumpulkannya) daripada menghabiskan masa  untuk bersama-sama sekumpulan orang untuk memahami apa yang dilakukan oleh mereka atau menjalankan temubual yang memakan masa yang panjang. Ekonomi merupakan suatu contoh sains kemasyarakatan yang baik untuk menunjukkan bahawa ilmu ini di peringkat graduan boleh menjadi hampir matematik tulen. Dengan menjelma manusia kepada nombor, adalah mudah untuk memperbodohkan mereka, dan mengelakkan daripada memperkemban gkan pertalian solidariti dengan asas penentangan kita.

 

Di samping menghindari pengabstrakan sebegini, kita perlu juga mengintegrasikan pembelajaran dengan kehidupan sebenar. Namun, potensi ini dibataskan oleh hakikat seperti tahap kerja kursus tipikal pelajar-pelajar adalah sangat memakan masa, keperluan untuk pelajar-pelajar menghadapi kadar tusyen yang tinggi, dan proses pendidikan telah mensosialisasikan pelajar-pelajar sehingga mereka tidak ingin untuk belajar secara berdikari. Namun, dalam batasan ini, masih terdapat bidang-bidang di mana proses pendidikan boleh diperbaiki. Pelajar-pelajar masih boleh melakukan pembelajaran melalui pengalaman, seperti penglibatan mereka dalam aktivisme pasti akan mendatangkan kredit. Selain itu, pelajar-pelajar boleh belajar daripada diskusi dengan rakan-rakan, pengalaman, melayari Internet dengan tujuan tertentu, membaca buku, menghadiri ceramah, khidmat masyarakat, melakukan kerja mengorganisasikan k omuniti, menulis dan banyak lagi cara. Kesemua ini sudah menjadi sebahagian daripada pengalaman kampus, tetapi masih dinafikan sekarang ini oleh pihak pengurusan institusi pengajian kerana perkara-perkara ini tidak boleh digredkan.

 

 

Pendidikan di mana?

Proses pendidikan adalah begitu diskriminatori dalam memilih pelajar-pelajar berasakan kaum dan kelas, kemudian menghantarkan mereka ke kurikulum koporat yang akan mengajar mereka dengan cara yang tidak adil dan tidak sesuai, serta memaksa mereka menjerumus dalam pengkhususan yang langsung tidak masuk akal. Pernahkah terlantar dalam fikiran kita bahawa kampus telah menjadi ruang ��istimewa�� yang terpisah daripada komuniti di mana ia terletak? Suatu kampus yang dibebaskan akan berintegrasi dengan komuniti tempatan (begitu juga dengan negara, rantau dan dunia), menyatukan penyertaannya untuk lebih daripada hanya aktiviti-aktiviti sukan sahaja, dan pelajar-pelajar aakan mengambil bahagaian dalam hal ehwal masyarakat (misalnya melalui pembelajaran secara pengalaman - khidmat dan aktivisme).

 

 

Perubahan dari sekarang

Telah dibincangkan di atas tentang kegagalan sistem pendidikan kita. Tibalah masa untuk kita memikirkan bagaimana kita mambawa perubahan kepada sistem pendidikan yang sudah ketinggalan zaman, uzur dan cacat ini. Sebagai pelajar institusi pengajian tinggi, kita perlu menyedari tentang keperluan dan kekuatan kita untuk mentransformasikan proses pendidikan kepada suatu proses yang bebas dan progresif.

 

Pergerakan pelajar kadang-kadang tidak perlu menunggu bantuan luar untuk menjayakan perjuangannya. Tidak bermakna untuk kita berpeluh tangan dalam kampus dan menunggu perubahan, malahan kita akan terus dikawal rapi oleh golongan pemerintah. Golongan pemerintah pasti akan terus menggunakan segala jentera penindasnya untuk mengekploitasi kita, mencabuli hak kita, memperkosakan kehormatan kita sebagai seorang insan yanbg berjiwa bebas. Kita mesti bangkit untuk menangkis penindasan ini dan membebaskan diri kita daripada cengkaman hebat dan pemerintahan kejam pihak pengurusan kampus.

 

Untuk mendemokrasikan kampus kita, pelajar-pelajar sekalian perlulah sedar dari mimpi. Pelajar-pelajar perlulah mengorganisasi untuk membentuk kumpulan massa yang kuat dan mengembleng tenaga untuk menyuarakan tuntutan kita. Pelajar-pelajar harus mengambilalih pengurusan kampus ini. Kampus ini tidak akan bergerak ke arah yang progresif dan pelajar sekalian tidak akan bebas, selagi masih diselenggarakan oleh sekumpulan birokrat yang taat kepada kekuasaan golongan penindas. Akta-akta dan peraturan-peraturan yang represif yang menzalimi pelajar-pelajar perlu dihapuskan sama sekali.

 

Semua pelajar perlulah sedar bahawa kekuatan kita terpendam dalam diri kita sendiri. Idealisme kita tidak akan terpadam begitu mudah saja oleh proses pendidikan yang reaksionari. Yang penting, kita perlu bersatu dan menyuarakan tuntutan kita. Mahasiswa-mahasiswilah tuan kepada kampus ini. Jika kita tidak bertindak untuk menjana perubahan hari ini, sampai seribu tahun juga kita akan terus hidup dalam kegelapan. Transformasi kampus adalah begitu diperlukan untuk menukarkan penjara minda hari ini kepada suatu utopia ilmu. Kita perlu yakin, satu hari nanti, kampus yang bebas, demokrasi dan progresif pasti akan menjadi kenyataan.

 

 

 

Sedar, Bangkit dan Lawan!

 

Hidup Mahasiswa              Bebaskan IPT                  Mansuhkan Auku

 

 

 
   
« June 2006 »
Su Mo Tu We Th Fr Sa
. . . . 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 .